Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian XIV · Pelbagai

114. Belanja dan kos kena dibayar oleh pemunya

Feedback & support
(1)

Apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh atau boleh didapatkan daripada pemunya mengenai belanja dan kos yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan pada menjalankan apa-apa kerja hendaklah, tertakluk dan tanpa menyentuh hak Negeri, menjadi suatu tanggungan pertama kepada premis yang mengenainya belanja dan kos itu telah dilakukan.

(2)

Selain daripada apa-apa remedi lain yang diberikan oleh Akta ini mana-mana jumlah itu boleh didapatkan dengan jalan dan cara yang sama seperti suatu tunggakan kadar.

(3)

Tanggungan itu adalah dikenakan, dan kuasa dan remedi itu boleh dijalankan, mulai dari tarikh selesainya kerja itu dan kemudian daripada itu kuasa dan remedi itu boleh dijalankan terhadap premis itu atau terhadap mana-mana harta alih atau tanaman yang pada masa itu terdapat atasnya, tidak kira apa jua perubahan yang telah berlaku tentang pemunyaan atau pendudukan premis itu selepas tarikh yang tersebut itu.

Report

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules