Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian XIV · Pelbagai

125. Perlindungan bagi Anggota Majlis, pegawai dan pekerja daripada tanggungan sendiri

Feedback & support
(1)

Tiada apa-apa perkara atau benda yang dilakukan dan tiada apa-apa kontrak yang dibuat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur atau

Kerajaan Tempatan 99

oleh Datuk Bandar atau Yang Dipertua, Anggota Majlis, pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan atau oleh mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh menjadikannya sendiri tertakluk kepada apa-apa jua tindakan, tanggungan, tuntutan atau permintaan, jika perkara atau benda itu telah dilakukan atau kontrak itu telah dibuat bona fide bagi maksud menjalankan Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil, kaedah-kaedah atau peraturan.

(2)

Apa-apa belanja yang dilakukan oleh Datuk Bandar Kuala

Lumpur, Datuk Bandar atau Yang Dipertua, Anggota Majlis, pegawai atau pekerja atau orang di bawah subseksyen (1) hendaklah ditanggung dan dibayar dari Kumpulan Wang Pihak Berkuasa

Tempatan.

Report

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules