Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian XIV · Pelbagai

116. Mendapatkan caj bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan

Feedback & support
(1)

Segala wang yang kena dibayar kepada sesuatu pihak berkuasa tempatan bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan daripada pemunya atau penduduk premis yang mengenainya

Kerajaan Tempatan 95

perkhidmatan itu telah diberi, sama ada daripada kedua-duanya secara bersesama atau berasingan:

Dengan syarat bahawa—

(a)

pemunya itu adalah berhak, sekiranya tiada apa-apa perjanjian sebaliknya, mendapatkan daripada penduduk premis yang tersebut itu apa-apa caj yang telah dibayar olehnya mengenai pendudukan oleh penduduk itu; dan

(b)

penduduk itu adalah berhak memotong dari apa-apa sewa atau amaun lain yang kena dibayar olehnya kepada pemunya premis itu apa-apa bahagian daripada caj yang telah dibayar olehnya atau yang telah didapatkan daripadanya iaitu yang pemunya tidak berhak menghendakinya membayarnya.

(2)

Sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh mengenakan dan mendapatkan bunga ke atas caj yang belum dibayar bagi perkhidmatan mengikut suatu kadar tidak lebih daripada satu peratus sebulan atau sebahagian sebulan.

Report

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules