Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian XIV · Pelbagai
117. Mendapatkan wang secara ansuran
Feedback & supportJika apa-apa jumlah wang kena dibayar oleh seseorang kepada pihak berkuasa tempatan bagi apa-apa maksud di bawah Akta ini, Pihak Berkuasa Negeri boleh membenarkan orang itu membayar jumlah wang yang tersebut itu secara ansuran dengan dikenakan bunga ke atasnya mengikut apa-apa kadar yang ditentukan oleh Pihak
Berkuasa Negeri.
Jika apa-apa ansuran atau bunga tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan bagi pembayarannya, kesemua baki amaun itu yang masih belum dijelaskan, berserta bunga yang bertunggakan adalah serta-merta genap masanya dibayar dan kena dibayar dan, tidak kira apa jua perubahan yang telah berlaku tentang pemunyaan atau pendudukan premis itu, boleh didapatkan dengan jalan dan cara yang sama seperti suatu tunggakan kadar.
96 Undang-Undang Malaysia AKTA 171