Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian XIV · Pelbagai
109. Kemungkiran mematuhi notis atau perintah
Feedback & supportJika, sesuatu notis atau perintah menghendaki pemunya atau penduduk sesuatu premis melakukan sesuatu perbuatan atau menjalankan sesuatu kerja dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis atau perintah itu dan pemunya atau penduduk itu tidak mematuhi kehendak notis atau perintah itu, pemunya atau penduduk itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, jika tiada apa-apa denda diperuntukkan khas bagi kesalahan itu, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.