Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian XIV · Pelbagai
111. Pegawai boleh meminta nama dan alamat diberikan
Feedback & support(1)
Penduduk mana-mana premis dalam kawasan pihak berkuasa tempatan hendaklah, jika dikehendaki oleh mana-mana pegawai sesuatu pihak berkuasa tempatan, memberikan nama dan nombor kad pengenalannya dan nama dan alamat pemunya premis itu, jika diketahui.
(2)
Seseorang yang enggan memberi atau sengaja menyalahnyatakan nama dan nombor kad pengenalannya atau nama dan alamat pemunya premis itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.