Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian XIV · Pelbagai
120. Pihak berkuasa tempatan boleh mengarahkan pendakwaan
Feedback & support(1)
Pihak berkuasa tempatan boleh mengarahkan apa-apa pendakwaan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang kecil, kaedah atau peraturan dan hendaklah membayar apa-apa belanja yang dilakukan dalam pendakwaan itu.
(2)
Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang diberi kuasa secara bertulis oleh pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan boleh menjalankan apa-apa pendakwaan itu.