Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian XIV · Pelbagai
122. Section 122
Feedback & supportBuku dan daftar sesuatu pihak berkuasa tempatan dan apa-apa cabutan daripadanya yang diperakui oleh Setiausaha atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh pihak berkuasa tempatan menjadi keterangan prima facie mengenai amaun yang kena dibayar itu dalam apa-apa perbicaraan bagi mendapatkan apa-apa bayaran, atau caj yang kena dibayar di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang kecil, kaedah atau peraturan.