Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian VII · Tindakan Oleh Perbadanan

101. Peruntukan berhubung dengan pengambilalihan kawalan

Feedback & support
(1)

Jika kawalan sesuatu institusi anggota telah diambil alih di bawah perenggan 99(1)(c), institusi anggota dan pegawainya hendaklah dengan serta-merta menyerahkan aset, liabiliti, urusan dan hal ehwalnya kepada kawalan itu, dan hendaklah memberi Perbadanan dan, jika kawalan itu diambil alih oleh orang dilantik, juga orang dilantik, segala kemudahan yang dikehendaki untuk menjalankan urusan dan menguruskan aset, liabiliti dan hal ehwal, termasuk melupuskan aset dan memindahkan liabiliti, institusi anggota itu.

(2)

Jika kawalan sesuatu institusi anggota telah diambil alih di bawah perenggan 99(1)(c), Perbadanan atau orang dilantik hendaklah kekal mengawal aset, liabiliti, urusan dan hal ehwal institusi anggota itu, dan menjalankan urusan dan menguruskan aset, liabiliti dan hal ehwal institusi anggota itu atas nama dan bagi pihak institusi itu

128

Undang-Undang Malaysia termasuk melupuskan aset dan memindahkan liabilitinya, sehingga pengambilalihan itu ditamatkan oleh Perbadanan.

(3)

Sepanjang tempoh kawalan sesuatu institusi anggota di bawah perenggan 99(1)(c), hendaklah terletak hak pada Perbadanan atau orang dilantik segala kuasa institusi anggota, dan pengarahnya, di bawah dokumen konstituen institusi itu, atau yang boleh dijalankan oleh institusi anggota atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang, atau bagaimana jua pun selainnya, tidak kira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas atau mengikut apa-apa jua cara lain.

(4)

Semasa tempoh kawalan sesuatu institusi anggota di bawah perenggan 99(1)(c), tiada pengarah institusi anggota boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, terlibat dalam apa-apa aktiviti berhubung dengan institusi anggota itu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Perbadanan atau orang dilantik dan tiada saraan dalam apa-apa jua jenis boleh terakru atau kena dibayar kepada mana-mana pengarah institusi anggota itu, kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Perbadanan atau orang dilantik berhubung dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki atau dibenarkan sebagaimana yang disebut terdahulu oleh Perbadanan atau orang dilantik.

(5)

Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa penjalanan kuasa di bawah perenggan 99(1)(c) tidaklah mempunyai kesan untuk memberi, atau meletak hak pada, Perbadanan atau orang dilantik, apa-apa hak kepada, atau apa-apa kepentingan benefisial dalam, mana-mana aset institusi anggota.

(6)

Jika Perbadanan atau orang dilantik telah mengambil alih kawalan institusi anggota di bawah perenggan 99(1)(c), Perbadanan atau orang dilantik—

(a)

dalam menjalankan urusan dan menguruskan aset, liabiliti, urusan atau hal ehwal institusi anggota atau dalam menjalankan mana-mana transaksi yang berhubungan dengan institusi anggota itu atau aset, liabiliti, urusanatau hal ehwalnya, termasuk melupuskan aset dan memindahkan

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 129

liabiliti, hendaklah disifatkan bertindak sebagai ejen kepada institusi anggota itu; dan

(b)

tidak boleh, dengan sebab mengambil alih kawalan institusi anggota itu atau apa-apa tindakan yang diambil olehnya, dikira sebagai telah mengambil alih atau menanggung apa-apa obligasi atau liabiliti institusi anggota itu atas dirinya sendiri.

(7)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi pengendali takaful yang menjalankan perniagaan takaful keluarga—

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi syarikat insurans yang menjalankan perniagaan hayat—

Bahagian VIII

Perlindungan Penstabilan

Bahagian IX

Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules