Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian VII · Tindakan Oleh Perbadanan
120. Institusi perantaraan diberi kuasa untuk menjalankan perniagaan
Feedback & support(1)
Apabila dinamakan sedemikian, dan selama tempoh penamaan itu berterusan, suatu institusi perantaraan hendaklah disifatkan sebagai telah diberi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai—
(a)
suatu bank berlesen;
(b)
suatu bank Islam;
(c)
suatu syarikat insurans; atau
(d)
suatu pengendali takaful.
(2)
Institusi perantaraan tidak dikehendaki membayar apa-apa fi berhubung dengan lesen itu.