Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian VII · Tindakan Oleh Perbadanan

102. Kuasa mengurangkan modal syer dan membatalkan syer institusi anggota di bawah perenggan 99(1)(c)

Feedback & support
(1)

Jika Perbadanan atau orang dilantik, telah mengambil alih kawalan institusi anggota di bawah perenggan 99(1)(c), dan

Perbadanan atau orang dilantik, berpendapat bahawa modal berbayar institusi itu telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset yang ada,

Perbadanan atau orang dilantik boleh memohon kepada Mahkamah

Tinggi untuk suatu perintah bagi mengurangkan modal syer institusi itu dengan membatalkan apa-apa bahagian modal berbayarnya yang telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset yang ada.

(2)

Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) untuk mengurangkan modal syer sesuatu institusi anggota, Mahkamah boleh—

(a)

atas permohonan oleh Perbadanan atau orang dilantik; dan

(b)

jika, apabila habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh apa-apa panggilan yang dibuat oleh institusi anggota itu kepada pemegang syernya supaya membayar syer mereka

130

Undang-Undang Malaysia masing-masing, bayaran bagi apa-apa syer itu belum lagi dibuat, juga memerintahkan supaya syer itu yang bayarannya belum lagi dibuat dibatalkan dengan sewajarnya.

(3)

Jika modal syer sesuatu institusi anggota dikurangkan di bawah subseksyen (1), atau mana-mana syernya telah dibatalkan di bawah subseksyen (2), Perbadanan atau orang dilantik boleh menyebabkan dokumen konstituen institusi itu diubah dengan sewajarnya.

(4)

Kuasa yang diberikan kepada Perbadanan atau orang dilantik di bawah peruntukan yang disebut terdahulu dalam seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa yang boleh dijalankan di bawah subseksyen 116(1) Akta Syarikat 2016, dan jika sesuatu permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1)—

(a)

Mahkamah Tinggi boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 116 Akta

Syarikat 2016 berhubung dengan suatu permohonan bagi pengesahan yang disebut dalam permohonan itu; dan

(b)

seksyen 122 dan subseksyen 116(9), 116(10) dan 116(12)

Akta Syarikat 2016 hendaklah terpakai berhubung dengan permohonan itu.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi pengendali takaful yang menjalankan perniagaan takaful keluarga—

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi syarikat insurans yang menjalankan perniagaan hayat—

Bahagian VIII

Perlindungan Penstabilan

Bahagian IX

Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules