Seksyen 112
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Seksyen 112
Tiada seorang pun boleh menamatkan atau meminda apa-apa perjanjian dengan suatu institusi anggota atau menuntut supaya suatu bayaran dipercepat di bawah apa-apa perjanjian sedemikian disebabkan perjanjian itu dipindahkan atau diserahhakkan kepada atau diambil alih oleh institusi anggota lain, institusi perantaraan atau pihak ketiga yang layak.
(2)
Suatu pemindahan atau penyerahhakan apa-apa perjanjian dengan suatu institusi anggota kepada institusi anggota lain, institusi perantaraan atau pihak ketiga yang layak menurut Akta ini adalah sah dan mengikat terhadap semua pihak lain perjanjian itu walaupun institusi anggota itu telah bersetuju bahawa ia tidak boleh atau tidak akan menyerahhakkan perjanjian itu atau ia boleh atau akan menyerahhakkan perjanjian itu hanya dengan persetujuan orang atau beberapa orang yang lain.
140
Undang-Undang Malaysia