Seksyen 110
Jika—
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
ActIn forceProvision 118 of 179
Seksyen 110
(a)
bagi apa-apa maksud suatu perbuatan dikehendaki dilakukan dalam suatu tempoh yang tertentu atau sebelum suatu masa yang tertentu di bawah peruntukan mana-mana undang-undang atau mana-mana perjanjian; dan
(b)
Akta ini menghalang tindakan itu daripada dilakukan dalam tempoh atau sebelum masa itu, tempoh itu disifatkan sebagai dilanjutkan atau masa itu disifatkan sebagai ditangguhkan sehingga hari kelima urusan berikutan berakhirnya tempoh yang dalamnya perbuatan itu dihalang dilakukan oleh Akta ini.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 139