Skip to content

Seksyen 105

Perkhidmatan peralihan

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 113 of 179
Seksyen 105
(1)

Jika satu transaksi atau lebih yang disebut dalam perenggan 99(1)(g) dilaksanakan, Perbadanan atau orang dilantik boleh menyebabkan institusi anggota bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan kepada penerima pindahan sebagai balasan penerima pindahan membayar atau membayar balik kos munasabah institusi anggota berbuat demikian sebagaimana yang diluluskan oleh

Perbadanan.

(2)

Suatu perjanjian yang disebut dalam subseksyen (1) mengikat mana-mana penerima, pengurus, penerima dan pengurus atau pelikuidasi yang dilantik berkenaan dengan institusi anggota, dan dalam hal sedemikian, kos institusi anggota bagi menyediakan perkhidmatan itu hendaklah disifatkan termasuk fi penerima, pengurus, penerima dan pengurus atau pelikuidasi itu bagi masa yang digunakan berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan sebagaimana yang diluluskan oleh Perbadanan.

Pelantikan penerima, dsb.