Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian VII · Tindakan Oleh Perbadanan

104. Penubuhan Jawatankuasa Pentaksir

Feedback & support
(1)

Hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Pentaksir” dan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Jawatankuasa Pentaksir itu.

(2)

Jika satu transaksi atau lebih yang disebut dalam subseksyen 103(1) dilaksanakan, suatu permohonan bagi kajian semula mengikut Jadual Pertama ialah satu-satunya cara untuk mempersoalkan amaun balasan yang diterima atau boleh diterima dalam transaksi atau berberapa siri transaksi atau pengagihan dan penggunaan balasan itu, dan tiada mahkamah yang boleh mendengar apa-apa tindakan, guaman atau prosiding yang bertujuan untuk mempersoalkan amaun atau pengagihan dan penggunaan balasan itu.

(2A)

Jika Perbadanan membuat suatu pemindahan yang disebut dalam perenggan 99(1)(ga) atau menghapuskan hak yang disebut dalam perenggan 128B(7)(b), suatu permohonan bagi kajian semula mengikut Jadual Pertama ialah satu-satunya cara untukmempersoalkan amaun balasan yang diterima atau boleh diterima dalam pemindahan itu atau amaun pampasan yang diterima atau boleh diterima berkenaan dengan hak yang dihapuskan itu, dan tiada mahkamah yang boleh mendengar apa-apa tindakan, guaman atau prosiding yang bertujuan untuk mempersoalkan amaun balasan atau pampasan itu.

(2B)

Suatu transaksi atau siri transaksi yang disebut dalam subseksyen 103(1) atau suatu pemindahan yang disebut dalam perenggan 99(1)(ga) atau suatu penghapusan hak yang disebut dalam perenggan 128B(7)(b) hendaklah berkuat kuasa walaupun apa-apa permohonan atau apa-apa keputusan yang dibuat berkenaan dengan kajian semula di bawah subseksyen (2) dan (2A).

(3)

Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pentaksir yang dibuat di bawah Jadual Pertama adalah muktamad dan mengikat.

(4)

Sehingga Perbadanan menetapkan kaedah-kaedah di bawah subseksyen (5), Jawatankuasa Pentaksir boleh menentukan tatacara dan penjalanan bagi prosidingnya sendiri.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 133

(5)

Perbadanan boleh menetapkan kaedah-kaedah yang berhubungan dengan tatacara dan penjalanan prosiding atau di hadapan Jawatankuasa Pentaksir.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi pengendali takaful yang menjalankan perniagaan takaful keluarga—

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi syarikat insurans yang menjalankan perniagaan hayat—

Bahagian VIII

Perlindungan Penstabilan

Bahagian IX

Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules