Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian X · Kesalahan
193. Pernyataan palsu
Feedback & supportMana-mana orang yang menyediakan, menandatangani, meluluskan atau menyetujui dalam mana-mana—
akaun, pernyataan, penyata, laporan atau dokumen lain yang dikehendaki untuk dikemukakan kepada Perbadanan di bawah Akta ini yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu, atau mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan; atau
penyata yang tidak menunjukkan secara berpatutan maklumat yang dikehendaki untuk dikemukakan kepada
Perbadanan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.