Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English

Bahagian X · Kesalahan

194. Tidak memberikan maklumat, dsb

Feedback & support

Tiap-tiap institusi anggota yang tidak atau cuai—

(a)

dalam masa yang ditentukan untuk berbuat demikian, untuk memberi Perbadanan apa-apa akaun, rekod, pernyataan, penyata, laporan atau dokumen lain berkenaan dengan urusan atau hal ehwal suatu institusi anggota yang dikehendaki untuk dikemukakan kepada Perbadanan di bawah Akta ini; atau

(b)

untuk memberi maklum balas, dalam masa yang ditentukan dalam notis, kepada suatu permintaan bagi maklumat atau penjelasan berkenaan dengan suatu institusi anggota yang dibuat oleh atau bagi pihak Perbadanan di bawah Akta ini,

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 219

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules