Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian X · Kesalahan
196. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan atau badan tidak diperbadankan atau oleh pengarah, pegawai, pengawal, dsb
Feedback & supportJika suatu kesalahan telah dilakukan oleh mana-mana pertubuhan perbadanan atau badan tidak diperbadankan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan merupakan seorang pengarah, pegawai atau pengawal pertubuhan
220
Undang-Undang Malaysia perbadanan atau badan tidak diperbadankan itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian, atau telah dengan apa jua cara atau apa-apa takat bertanggungjawab bagi penjalanan apa-apa urusan atau bagi pengurusan apa-apa aset, liabiliti atau hal ehwal pertubuhan perbadanan atau badan tidak diperbadankan itu, atau telah membantu dalam pengurusan sedemikian, melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya, dengan mengambil kira kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.
Jika mana-mana orang (disebut dalam seksyen ini sebagai
“prinsipal”) adalah bertanggungan di bawah Akta ini bagi apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran demikian yang dilakukan oleh mana-mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu.
Subseksyen (2) hendaklah terpakai jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pekhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu dalam menjalankan kerjanya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
Bagi maksud seksyen ini, “pengawal” ertinya seseorang yang telah memperoleh suatu kelulusan Menteri di bawah seksyen 88 Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 atau seksyen 100 Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013.