Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian X · Kesalahan
200. Perintah pematuhan atau penyekatan
Feedback & supportJika seseorang tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini yang terpakai berkenaan dengan orang itu, Perbadanan boleh memohon kepada
Mahkamah
Tinggi untuk suatu perintah mengarahkan orang itu supaya mematuhi atau menyekat orang itu daripada bertindak melanggar peruntukan itu dan, atas permohonan itu, mahkamah boleh memerintahkan sedemikian dan membuat apa-apa perintah selanjutnya yang difikirkannya patut.