Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian X · Kesalahan
199. Hukuman kewangan tambahan
Feedback & supportJika seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini, mahkamah boleh, jika ia berpuas hati bahawa sebagai akibat
222
Undang-Undang Malaysia daripada pelakuan kesalahan itu orang yang disabitkan itu memperoleh suatu faedah kewangan atau bahawa suatu faedah kewangan telah terakru kepada orang itu, memerintahkan orang yang disabitkan itu untuk membayar, walau apa pun amaun maksimum mana-mana denda yang selainnya boleh dikenakan di bawah Akta ini, suatu denda tambahan dalam suatu amaun yang sama dengan anggaran mahkamah mengenai amaun faedah kewangan itu.