Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English

Bahagian X · Kesalahan

195. Kesalahan am

Feedback & support

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, mana-mana orang, selain Perbadanan dan pengarah, pegawai dan pekerjanya, yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, atau yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa penentuan atau kehendak yang dibuat, atau apa-apa perintah secara bertulis, arahan, petunjuk, atau notis yang diberikan, atau apa-apa had, terma, syarat atau sekatan yang dikenakan, atau apa-apa benda lain bagaimana jua pun dilakukan, pada penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah, menurut atau menurut kuasa, mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal orang sebenar, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau

(b)

dalam mana-mana hal lain, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Report

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules