Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian X · Kesalahan
197. Kuasa Perbadanan untuk mengkompaun kesalahan
Feedback & supportPerbadanan, dengan keizinan Pendakwa Raya secara bertulis, boleh dalam hal yang disifatkannya layak dan patut untuk berbuat demikian, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah Akta ini, dengan
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 221
membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan dengan membayar kepada Perbadanan dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan dalam tawaran itu yang tidak boleh melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum, termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, yang akan dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu.
Apa-apa wang yang dibayar kepada Perbadanan menurut peruntukan subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Perbadanan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.