Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan

23C. Penggeledahan dengan waran

(1)

Jika seseorang Majistret mendapati, atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang didapati perlu oleh

Majistret itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan di dalam waran itu untuk masuk ke dalam premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan, dan di sana—

(a)

menggeledah dan menyita apa-apa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

(b)

mengambil sampel apa-apa koko atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dijumpai di premis itu.

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang didapatinya perlu.

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat sedemikian—

(a)

memecahkan apa-apa pintu luar dan dalam premis dan masuk ke dalam premis itu;

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

(b)

masuk secara paksa ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu;

(c)

memindahkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan sebagaimana yang pegawai diberi kuasa itu diberi kuasa untuk melakukan; dan

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di premis itu sehingga tempat itu telah digeledah.

(4)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk memindahkan apa-apa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dijumpai.

(5)

Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (4) atau memindahkan koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Peruntukan Tambahan dan Peralihan

Schedules