Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan
23V. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab tentang pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah juga didapati telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, orang itu membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa orang itu telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Jika mana-mana orang boleh, di bawah Akta ini, dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 343
ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerjanya dalam masa penggajiannya;
oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau
oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
Bahagian VI