Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan
Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana kenderaan sedang membawa apa-apa koko, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa barang lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, pegawai diberi kuasa itu boleh memberhentikan dan memeriksa kenderaan itu dan boleh, jika atas pemeriksaan pegawai diberi kuasa itu mempunyai
Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 33
sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita kenderaan itu dan apa-apa koko, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dijumpai dalam kenderaan itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa—
memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa memeriksanya; dan
membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu sebagaimana yang didapati perlu oleh pegawai diberi kuasa.
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VI