Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan
Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa koko yang disita di bawah Akta ini dijual dan hasil penjualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini jika—
koko itu adalah jenis yang mudah rosak atau mutu koko itu mudah merosot;
jagaan koko itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;
terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan koko itu; atau
koko itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam.
Walau apa pun subseksyen (1), jika juruanalisis memperakui, atau jika keputusan ujian yang diperakui oleh juruanalisis, membuktikan, bahawa koko yang diuji olehnya tercemar, pegawai yang menyita itu boleh menyimpannya dalam jagaan atau, jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan koko itu, menyebabkan
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 343
supaya koko itu dilupuskan mengikut cara yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
Bahagian VI