Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan
23L. Tuntutan bagi koko, dsb., yang disita
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang yang menegaskan bahawa orang itu ialah pemunya koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disebut dalam subseksyen 23K(3) dan bahawa koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam jagaannya koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dipegang bahawa orang itu menuntut koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 343
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (1) diterima, pengawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada
Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai diberi kuasa, melalui maklumat bertulis, merujukkan perkara itu kepada Majistret.
Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (2) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki Lembaga dan orang yang menegaskan bahawa orang itu ialah pemunya koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dan orang yang daripadanya koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu disita hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, tetapi penyampaian saman dengan sawajarnya dibuktikan, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret hendaklah memerintahkan supaya koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah jika tiada bukti sedemikian memerintahkan pelepasannya.
Apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dilucuthakkan atau yang disifatkan dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai diberi kuasa itu dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.
Lembaga tidak menanggung liabiliti kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, tidak kira bagaimana sekali pun berlaku, dalam mutu apa-apa koko yang disita di bawah Akta ini.
Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 39
Bahagian VI