Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan
Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada perbuatan yang berikut—
menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data yang dikomputerkan dan dokumen dan meneliti, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun, data yang dikomputerkan dan dokumen itu;
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen mengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;
membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada Akta ini telah dipatuhi.
Seseorang yang tidak mematuhi permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Menyerang atau menghalang pegawai diberi kuasa menjadi kesalahan
Bahagian VI