Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan

23E. Senarai benda disita

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain disita di bawah seksyen 23C atau seksyen 23D, pegawai yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menghantarserahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada—

(a)

jika premis telah digeledah di bawah seksyen 23C, penghuni premis yang digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu; dan 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

(b)

jika kenderaan telah disita di bawah seksyen 23D, orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu.

(2)

Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita itu hendaklah bila mana boleh melekatkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Report

Bahagian VI

Peruntukan Tambahan dan Peralihan

Schedules