Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan

23K. Pelucuthakan atau pelepasan koko, dsb., yang disita

(1)

Jika pendakwaan dimulakan berkenaan dengan apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita di bawah Akta ini, mahkamah yang dihadapannya pendakwaan berkenaan dengan perkara itu dijalankan boleh memerintahkan pelucuthakan atau pelepasan benda yang berkenaan.

(2)

Mahkamah hendaklah memerintahkan pelucuthakan koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah

Akta ini telah dilakukan dan bahawa koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokument atau benda lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 37

(3)

Jika tidak ada pendakwaan akan dimulakan berkenaan dengan apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang dalam jagaannya koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu dipegang hendaklah memberitahu orang yang daripadanya koko, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain itu disita tentang hakikat itu dan tentang peruntukan seksyen 23L.

(4)

Notis di bawah subseksyen (3) hendaklah secara bertulis dan hendaklah dihantar ke alamat terakhir diketahui orang yang berkenaan.

(5)

Jika tiada tuntutan di buat di bawah seksyen 23L dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis yang disebut dalam subseksyen (3)

disampaikan, koko atau hasil penjualan koko, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita hendaklah diambil dan disifatkan dilucuthakkan apabila tempoh itu tamat.

Report

Bahagian VI

Peruntukan Tambahan dan Peralihan

Schedules