Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan
Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika apa-apa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan disita di bawah Akta ini, mahkamah boleh buat sementara memulangkan kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunya kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunya kenderaan, jentera, peralatan atau kelengakapan itu atau orang yang daripada pemilikan, jagaan atau kawalannya kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu disita, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh mahkamah dan, tertakluk dalam apa-apa hal kepada jaminan yang mencukup diberikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan itu akan diserahkan balik kepada mahkamah apabila diminta dan bahawa syarat itu, jika ada, akan dipatuhi.
Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 35
Jika apa-apa kenderaan, jentera, peralatan atau kelengkapan yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang—
tidak menyerahkan balik kenderaan, jentera, peralatan, atau kelengkapan itu kepada mahkamah apabila diminta;
atau
melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VI