Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan
Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Lembaga—
tiada seorang pun anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atu mana-mana pegawai atau pekhidmat atau ejen Lembaga atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada semasa tempoh memegang jawatan atau semasa tempoh penggajiannya atu selepas itu, boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan
tiada seorang pun yang, melalui apa-apa cara, mempunyai capaian kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau bahan lain yang diperoleh di bawah Akta ini atau yang berhubung dengan hal ehwal
Lembaga boleh mendedahkan rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau bahan lain itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VI