27. Tatacara rayuan
Feedback & supportMana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau perintah Jawatankuasa dalam sesuatu prosiding yang dia menjadi suatu pihak boleh merayu kepada Tribunal terhadap keputusan atau perintah itu dengan menyerahkan kepada
Pengerusi notis rayuan secara bertulis dalam lima salinan—
dalam masa empat belas hari dari masa keputusan atau perintah itu dibuat; atau
dalam apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Pengerusi yang bertindak atas arahan
Yang Dipertua Tribunal.
Notis rayuan itu hendaklah menyatakan alasan rayuan itu.
Apabila diterima suatu notis rayuan, Pengerusi hendaklah menghantar satu salinan notis rayuan itu kepada responden dan tiga salinan kepada Yang Dipertua Tribunal.
Undang-Undang Malaysia 22
Apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan, Pengerusi hendaklah memberi suatu salinan yang diperakui bagi nota keterangan yang dibuat dalam pendengaran Jawatankuasa, keputusan atau perintah Jawatankuasa dan sebab bagi keputusan atau perintah itu—
kepada pihak yang merayu terhadap keputusan atau perintah itu; dan
kepada responden apabila dia membuat permohonan bagi mendapatkan nota keterangan, keputusan atau perintah dan sebab bagi keputusan atau perintah itu.