Skip to content
In forceUpdated to 2 Oct 2017Read it in English

34. Kesalahan kerana membuat pernyataan palsu

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang dengan diketahuinya membuat apa-apa pernyataan palsu atau membuat salah nyata atau menyembunyikan apa-apa fakta yang menyentuh apa-apa butir yang dikehendaki supaya dinyatakan dalam apa-apa prosiding di hadapan Tribunal atau Jawatankuasa atau dalam apa-apa perkara di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Tiada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh dimulakan tanpa sanksi Pendakwa Raya.

Undang-Undang Malaysia 26

Report