42. Pengecualian dan peralihan
Feedback & supportSemua pelantikan, kaedah, peraturan dan perintah yang dibuat dan apa-apa pendaftaran perjanjian penyewaan yang dibuat di bawah dan mengikut Ordinan yang dimansuhkan dan berkuat kuasa pada permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah pelantikan, kaedah, peraturan, perintah dan pendaftaran perjanjian penyewaan itu telah dibuat di bawah Akta ini sehingga pelantikan dan peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini.
Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana perjanjian penyewaan yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan masih mengikat pihak-pihak pada tarikh permulaan kuat kuasa itu,
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
29
dan sekiranya berlaku apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara Akta ini dengan apa-apa terma, syarat atau janji yang terkandung dalam perjanjian penyewaan itu, Akta ini hendaklah dipakai dan perjanjian penyewaan itu hendaklah dipinda dengan sewajarnya sebelum didaftarkan mengikut seksyen 4.
Undang-Undang Malaysia 30
Jadual Pertama
BORANG A
[Seksyen 3]
Akta Penanam Padi (Pengawalan
Sewa dan Jaminan
Pemegangan) 1967
PERJANJIAN PENYEWAAN
Musim………………………………….Daerah……………………………..........
SUATU PERJANJIAN dibuat pada……….…hari bulan…………… tahun…….…
antara………….…………………………………………………yang beralamat di ………………………………………….. yang kemudian daripada ini disebut tuan tanah dengan …………………………………………… yang beralamat di
…………………………...……… yang kemudian daripada ini disebut penyewa.
Dengan ini dipersetujui seperti yang berikut:
Sebagai balasan sewa yang dinyatakan dalam Jadual kepada perjanjian ini, tuan tanah menyewakan kepada penyewa tanah yang diperihalkan dalam Jadual itu untuk dipegang oleh penyewa selama tempoh ………………………………
mulai ……………. hari bulan …………….tahun ……….
Perjanjian ini hendaklah tertakluk kepada Akta Penanam Padi (Pengawalan
Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967 dan syarat yang dinyatakan di bawah ini:
Pada menyaksikan hal di atas pihak-pihak telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada hari dan tahun yang tertulis di atas:
.......................................................
…................................................
(Tandatangan atau cap ibu jari
(Tandatangan atau cap ibu jari tuan tanah)
penyewa)
Pendaftaran No. ………......……….…
Tarikh serahan ………….......…….....
Sewa maksimum tidak melebihi
………………....................................
……………………………......………..
(Ditandatangani) ………….......……..
Pendaftar
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
31
Dengan ini saya menyaksikan bahawa
Tandatangan/Cap ibu jari yang tertulis/
dicapkan di atas di hadapan saya pada.…........ hari bulan…............…
tahun..............adalah, *(a) mengikut pengetahuan saya sendiri
*(b)