28. Pendengaran rayuan
Feedback & supportYang Dipertua Tribunal hendaklah memberitahu pihak-pihak mengenai masa dan tempat pendengaran rayuan itu.
Tribunal hendaklah mendengar hujah perayu atau wakilnya dan boleh memanggil responden atau wakilnya untuk menjawab hujah perayu.
Tribunal tidaklah dikehendaki untuk mendengar keterangan tetapi boleh menurut budi bicaranya berbuat demikian atas permohonan perayu atau responden.
Jika perayu tidak hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua
Tribunal, Tribunal boleh, jika ia berpuas hati bahawa notis itu telah diserahkan atau dihantar melalui pos berdaftar ke alamat perayu, menolak rayuan itu.
Jika responden tidak hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua
Tribunal, Tribunal boleh, jika ia berpuas hati bahawa notis itu telah diserahkan atau dihantar melalui pos berdaftar ke alamatnya, membenarkan rayuan itu atau membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut dalam ketiadaan responden.