Act of Parliament · Updated to 2 Oct 2017
Padi Cultivators (Control of Rent and Security of Tenure) Act 1967
Feedback & supportRent control and security of tenure for padi cultivatorsOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penanam Padi (Pengawalan
Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967.
Akta ini hanya terpakai bagi Semenanjung Malaysia.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta dan Pihak Berkuasa Negeri boleh—
menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini; dan
menjadikan berkuat kuasa semua atau mana-mana peruntukan
Akta ini sama ada di seluruh Negeri di mana perintah itu terpakai atau di mana-mana kawasan dalam Negeri itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta;
“Jawatankuasa” ertinya suatu Jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen 16(1);
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi tanah;
“musim” ertinya tempoh dari permulaan penyediaan tanah untuk penanaman padi sehingga selesai tuaian padi dan, jika dua tanaman padi ditanam dan dituai dalam tempoh dua belas bulan, ertinya tempoh dari permulaan penyediaan tanah untuk penanaman tanaman padi yang pertama sehingga selesai tuaian yang kedua;
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
7
“pegawai penguat kuasa” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 15(1) dan termasuklah Ketua Pegawai
Penguat Kuasa dan penolong pegawai penguat kuasa;
“Pendaftar” ertinya seorang Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen 14(1);
“Pengerusi” ertinya Pengerusi suatu Jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen 16(1);
“penyewa” ertinya penyewa mana-mana tanah padi yang terkandung dalam suatu perjanjian penyewaan;
“perjanjian penyewaan” ertinya apa-apa perjanjian yang menurutnya seseorang tuan tanah bersetuju untuk menyewakan dan penyewa bersetuju untuk mengambil mana-mana tanah padi bagi maksud penanaman padi dan termasuklah mana-mana perjanjian yang menurutnya mana-mana orang bersetuju untuk bekerja di mana-mana tanah padi untuk mendapat sebahagian daripada tanaman padi itu sebagai bayaran tanaman atau apa-apa balasan sebagai ganti sebahagian daripada tanaman padi itu;
“siasatan” ertinya suatu siasatan yang diadakan di bawah Akta ini;
“tanah padi” ertinya tanah atau mana-mana bahagian tanah yang dimaksudkan bagi penanaman padi atau di mana padi ditanam tetapi tidak termasuk mana-mana kawasan yang digunakan sebagai tapak bangunan dan tanah lain;
“Tribunal” ertinya Tribunal yang dilantik di bawah seksyen 26;
“tuan tanah” ertinya mana-mana orang yang menyewakan tanah untuk penanaman padi dan termasuklah ejennya, pemegang gadaiannya, pemegang serah haknya atau pengganti dalam hak miliknya.
Tiada seorang pun boleh membuat suatu perjanjian penyewaan melainkan jika perjanjian itu dibuat secara bertulis dan dalam bentuk yang ditetapkan dalam Borang A Jadual Pertama.
Undang-Undang Malaysia 8
Tandatangan tuan tanah dan penyewa kedua-duanya dalam suatu perjanjian penyewaan hendaklah disaksikan oleh seorang
Penghulu, seorang pegawai awam daripada Bahagian III dalam perkhidmatan awam dan ke atas atau mana-mana orang yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi maksud itu.
Tiap-tiap perjanjian penyewaan hendaklah dalam tiga salinan dan hendaklah didaftarkan oleh tuan tanah dengan Pendaftar dalam masa empat belas hari dari tarikh perjanjian itu disempurnakan, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menghalang penyewa daripada mendaftarkan perjanjian itu.
Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh melanjutkan masa untuk pendaftaran sesuatu perjanjian penyewaan jika dia berpuas hati bahawa kegagalan menyerahkannya untuk pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan dalam subseksyen (1) tidak disebabkan oleh apa-apa keingkaran pada pihak tuan tanah.
s 5Kesan pendaftaran
Pendaftaran di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu notis kepada semua orang termasuk pembeli tanah padi itu dan pemegang gadaian, pemegang serah hak dan pengganti dalam hakmilik tuan tanah mengenai bebanan tanah padi yang dipegang di bawah perjanjian penyewaan itu.
Tiada tuan tanah boleh membuat suatu perjanjian penyewaan selama tempoh yang kurang daripada tiga musim berturut-turut.
Tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadap tuan tanah, mana-mana perjanjian selama tempoh yang kurang daripada tiga musim berturut-turut hendaklah disifatkan sebagai suatu perjanjian penyewaan selama tempoh tiga musim berturut-turut dan Akta ini hendaklah terpakai bagi perjanjian itu dan pihak-pihak kepada perjanjian itu.
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap penyewa berhak mengikut pilihannya untuk memperbaharui perjanjian penyewaannya yang hendaklah termasuk musim sebaik selepas musim yang berkaitan dengan perjanjian penyewaan terakhirnya habis tempoh dan jika tuan tanah tidak membenarkan pembaharuan sedemikian, penyewa boleh memohon kepada Jawatankuasa bagi mendapatkan perintah yang menghendaki tuan tanah untuk membenarkan pembaharuan atau untuk menyempurnakan perjanjian penyewaan baharu.
Pilihan untuk memperbaharui perjanjian penyewaan hendaklah dilaksanakan tidak lewat daripada dua bulan sebelum habis tempoh perjanjian penyewaan oleh penyewa dengan memfailkan suatu notis dengan Pendaftar dalam Borang B Jadual Pertama atau dalam apa-apa bentuk yang menunjukkan niat untuk memperbaharui perjanjian itu.
Tiada penyewa boleh membuat apa-apa perjanjian penyewaan yang memberinya hak untuk mengusahakan tanah padi melebihi apa-apa keluasan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri secara am atau berkenaan dengan suatu kawasan yang ditentukan di dalam Negeri itu.
Tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadap penyewa, apa-apa perjanjian penyewaan yang berkenaan dengan keluasan yang melebihi keluasan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) adalah terbatal setakat yang lebih itu sahaja.
s 9Syarat-syarat tersirat bagi perjanjian penyewaan
Walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam apa-apa perjanjian penyewaan, perjanjian itu hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat tersirat yang berikut:
tuan tanah hendaklah membayar apa-apa cukai tanah, kadar, caj dan bayaran lain yang kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan tanah padi itu;
Undang-Undang Malaysia 10
penyewa tidak boleh menyerahhakkan, menyewakecilkan, memajakkan atau menyewakan tanah padi yang dipegang di bawah perjanjian itu atau mana-mana bahagiannya kepada mana-mana orang lain di bawah apa-apa terma, syarat atau janji untuk mengusahakan tanah padi;
penyewa hendaklah pada setiap masa mengusahakan tanah itu mengikut prinsip amalan pertanian yang baik dan hendaklah menanggung semua kos mengusahakannya;
penyewa hendaklah menanggung bayar segala perbelanjaan dan melaksanakan segala kerja yang perlu bagi membina dan membaiki serta menyenggara empangan, kincir air, saluran air, batas dan pagar dan apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai kena dibayar oleh penduduk tanah itu;
penyewa hendaklah membayar sewa yang kena dibayar di tempat menuai dalam masa dua minggu selepas selesai menuai;
penyewa berhak untuk membuat pilihan bagi memperbaharui perjanjian penyewaan mengikut seksyen 7;
apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Negeri.
Sekiranya tuan tanah mati, menjadi tidak berupaya atau selainnya semasa perjanjian penyewaan itu masih berkuat kuasa, penyewa boleh terus menduduki tanah itu sehingga ketuanpunyaan tanah itu telah ditentukan atau wakil di sisi undang-undang ketuanpunyaan tanah itu telah dilantik.
Apa-apa sewa atau gantinya dalam bentuk wang tunai pada nilai semasa yang genap masa dan kena dibayar oleh penyewa hendaklah disimpan oleh penyewa dengan Pendaftar sehingga ketuanpunyaan atau wakil di sisi undang-undang yang disebut terdahulu telah ditentukan atau dilantik apabila Pendaftar hendaklah membayar sewa atau gantinya itu kepada tuan tanah yang baharu.
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
Sewa yang dikenakan di bawah sesuatu perjanjian penyewaan hendaklah disebut dalam perjanjian itu dan dinyatakan sebagai amaun padi yang tidak melebihi amaun yang disebut dalam
Jadual Kedua berkenaan dengan kelas tanah yang dalamnya tanah yang terkandung dalam perjanjian penyewaan itu tergolong.
Walau apa pun subseksyen (1), dengan persetujuan bersama antara tuan tanah dengan penyewa selepas padi dituai, penyewa bolehlah menggantikan sewa itu dengan pembayaran wang tunai yang dikira mengikut harga padi semasa di tempat menuai pada masa pembayaran kena dibayar dan mengikut kuantiti yang kena dibayar sebagai sewa di bawah seksyen ini.
Pihak Berkuasa Negeri boleh, dengan persetujuan Menteri, melalui perintah meminda Jadual Kedua dan menetapkan sewa maksimum yang dikenakan di bawah perjanjian penyewaan yang berkenaan dengan tanah padi di dalam Negeri itu atau di dalam mana-mana kawasan yang ditentukan di Negeri itu.
Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta—
mengelaskan mana-mana tanah padi di dalam Negeri itu bagi maksud Jadual Kedua; dan
mengisytiharkan mana-mana bahagian Negeri itu atau mana-mana tanah padi sebagai kawasan tanaman dwimusim.
Apabila suatu perisytiharan dibuat di bawah perenggan (4)(b), sebanyak tiga puluh peratus lagi hendaklah ditambahkan kepada sewa maksimum yang dikenakan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Negeri di bawah subseksyen (3).
Mana-mana tuan tanah atau penyewa yang tidak berpuas hati dengan pengelasan atau perisytiharan mengenai tanah padi di bawah perjanjian penyewaannya boleh, dalam masa tiga puluh hari dari pengelasan atau perisytiharan itu, merayu kepada Pihak
Berkuasa Negeri supaya dikaji semula pengelasan atau perisytiharan itu.
Undang-Undang Malaysia 12
Semasa kajian semula, Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat apa-apa perintah yang disifatkan patut tentang pengelasan tanah padi itu atau sewa yang dikenakan bagi tanah padi itu dan perintah itu adalah muktamad.
s 12Perisytiharan mengenai tanaman yang tidak menjadi secara keseluruhannya
Sekiranya tanaman padi tidak menjadi secara keseluruhannya akibat bencana alam di dalam Negeri, Menteri Besar atau
Ketua Menteri hendaklah atas nasihat Pegawai Pertanian Negeri mengisytiharkan di dalam Warta dengan menyatakan takat tanaman itu yang tidak menjadi dan sempadan kawasan yang terjejas dan hendaklah menyatakan peratusan pengurangan sewa yang dibenarkan untuk dibayar oleh penyewa kepada tuan tanah.
Jika mana-mana penyewa menanggung kerugian yang disebabkan oleh tanamannya yang tidak menjadi di dalam suatu kawasan yang tidak diwartakan di bawah seksyen 12, penyewa boleh memohon kepada Jawatankuasa untuk mengurangkan sewanya walaupun sewanya sudah genap masanya dibayar.
Jawatankuasa boleh, jika ia berpuas hati bahawa tanaman itu tidak menjadi kerana sesuatu sebab yang di luar kawalan penyewa, mengurangkan sewa yang kena dibayar oleh penyewa setakat amaun yang didapatinya munasabah dalam hal keadaan itu atau, jika sewa digantikan dengan bayaran wang tunai, mengurangkan amaun sewa itu atau melanjutkan masa untuk pembayaran sewa itu, atau mengurangkan amaun sewa dan melanjutkan masa untuk pembayaran kedua-duanya.
Mana-mana tuan tanah, yang tanah padinya telah diisytiharkan sebagai kawasan tanaman tidak menjadi di bawah seksyen 12, dan yang tidak berpuas hati dengan perisytiharan atau pengurangan sewa yang diperuntukkan dalam perisytiharan itu boleh membuat permohonan kepada Jawatankuasa untuk pertimbangan semula dan jika Jawatankuasa berpuas hati bahawa tanah itu tidak terjejas oleh tanaman tidak menjadi itu, Jawatankuasa boleh mempertimbangkan semula amaun sewa yang sepatutnya kena dibayar kepada tuan tanah.
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik seorang Pendaftar atau lebih bagi maksud
Akta ini dan menguntukkan mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan tertentu yang di dalamnya mereka boleh menjalankan fungsi di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Pendaftar hendaklah menyenggarakan suatu daftar dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 39.
Pendaftar hendaklah membekalkan suatu salinan diperakui bagi perjanjian penyewaan yang didaftarkan olehnya—
kepada Tribunal atau Jawatankuasa jika dikehendaki oleh
Yang Dipertua Tribunal atau Pengerusi;
kepada tuan tanah atau penyewa di bawah perjanjian itu atas permohonan dan atas pembayaran apa-apa fi yang ditetapkan; atau
kepada mana-mana pihak dalam prosiding di bawah Akta ini yang berhubungan dengan perjanjian penyewaan itu atas permohonan dan atas pembayaran apa-apa fi yang ditetapkan.
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik seorang Ketua Pegawai Penguat Kuasa bagi Negeri, apa-apa bilangan pegawai penguat kuasa dan penolong pegawai penguat kuasa dan pegawai lain bagi maksud Akta ini.
Seseorang pegawai penguat kuasa dan mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan dan melaksanakan fungsi-fungsi yang berikut bagi maksud Akta ini:
masuk dan pada bila-bila masa yang munasabah mempunyai akses bebas ke mana-mana tanah dalam Negeri itu, dan membuat siasatan dan untuk melakukan atau menyebabkan supaya dilakukan semua benda yang perlu dan untuk menyiasat kes ketidakpatuhan terhadap Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 14
mendakwa pesalah di bawah Akta ini;
mempunyai akses kepada semua rekod dalam mana-mana
Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftaran Tanah atau rekod
Pendaftar; dan
menjalankan segala kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Akta ini dan segala kuasa yang bersampingan atau berkaitan dengannya sebagaimana yang semunasabahnya perlu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa hendaklah—
bertanggungjawab kepada Menteri bagi penguatkuasaan dan pentadbiran wajar Akta ini di dalam Negeri itu; dan
tertakluk kepada arahan Menteri, menjalankan kawalan dan penyeliaan am ke atas pegawai penguat kuasa, penolong pegawai penguat kuasa dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1).
Tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah menjalankan dan menguatkuasakan apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa atau Tribunal di bawah Akta ini.
Tiap-tiap Penghulu atau pegawai polis hendaklah mempunyai segala kuasa pegawai penguat kuasa dan pada menjalankan kuasa itu dia hendaklah tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan atau apa-apa sekatan yang dikenakan oleh Menteri.
Pihak Berkuasa Negeri boleh menubuhkan dan melantik dalam dan bagi setiap Negeri yang Akta ini terpakai baginya satu Jawatankuasa atau lebih yang terdiri daripada tiga orang, seorang daripada mereka hendaklah seorang pegawai awam yang hendaklah menjadi Pengerusi, dan pegawai itu boleh dilantik sebagai Pengerusi bagi apa-apa bilangan Jawatankuasa dalam sesuatu Negeri.
Jika didapati wajar oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk berbuat demikian, Pihak Berkuasa Negeri itu boleh sebagai ganti menubuhkan dan melantik suatu Jawatankuasa di bawah subseksyen (1)
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
15
melantik seorang Pegawai Penyiasat yang hendaklah mempunyai semua fungsi dan boleh melaksanakan semua tugas Jawatankuasa atau Pengerusinya di bawah Akta ini dan bagi maksud itu, apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai Jawatankuasa atau Pengerusi hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Pegawai Penyiasat itu.
Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menguntukkan suatu kawasan atau kawasan-kawasan kepada Jawatankuasa yang dalamnya
Jawatankuasa itu hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan fungsi-fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan fungsi-fungsi itu boleh dijalankan oleh Jawatankuasa itu berkenaan dengan apa-apa perjanjian penyewaan yang berhubungan dengan apa-apa tanah padi di dalam kawasan itu tetapi tidak di dalam kawasan lain.
Bilamana dalam Akta ini ungkapan “Jawatankuasa” digunakan berkenaan dengan apa-apa perjanjian penyewaan atau berkenaan dengan apa-apa pertikaian atau permohonan mengenai apa-apa perjanjian penyewaan, ungkapan itu hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Jawatankuasa yang mempunyai bidang kuasa di dalam kawasan di mana terletaknya tanah padi yang terkandung dalam perjanjian penyewaan itu.
Jawatankuasa hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan fungsi-fungsi yang berikut:
mendengar dan menentukan permohonan yang dibuat di bawah Akta ini;
mendengar dan menentukan pertikaian antara tuan tanah dengan penyewa yang timbul daripada perjanjian penyewaan mereka;
menjalankan siasatan dan untuk mengendalikan sumpah dan ikrar, untuk memeriksa mana-mana saksi atas sumpah atau ikrar, memanggil mana-mana orang di hadapannya, mengambil dan merekodkan keterangan mana-mana orang itu dan untuk mengawardkan kos kepada mana-mana orang yang hadir dan memberi keterangan di hadapannya; dan
Undang-Undang Malaysia 16
membuat apa-apa keputusan atau perintah sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan penentuan mana-mana permohonan atau pertikaian.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen
, keputusan atau perintah Jawatankuasa dalam sesuatu siasatan tidak boleh diubah atau ditambah kecuali bagi maksud membetulkan kesilapan perkataan atau memulihkan apa-apa kecacatan atau peninggalan tidak sengaja yang tidak menyentuh bahagian material siasatan itu.
Sesuatu keputusan atau perintah Jawatankuasa boleh dikaji semula, diubah atau diketepikan oleh Jawatankuasa itu atau
Jawatankuasa yang menggantikannya dalam hal yang berikut:
jika keputusan atau perintah itu dibuat berbangkit daripada fraud, salah nyataan atau kekhilafan;
jika terdapat keterangan baharu yang bersifat material yang tidak dapat dikemukakan dengan melaksanakan usaha yang munasabah untuk mendapatkannya pada masa keputusan atau perintah itu dibuat;
jika keputusan atau perintah itu dibuat dalam ketiadaan mana-mana pihak yang perlu atau patut yang ketiadaannya tidak disebabkan oleh apa-apa keingkaran atau kecuaian pada pihaknya; atau
jika, pada pendapat Jawatankuasa, ketidakadilan substansial telah disebabkan oleh keputusan atau perintah itu.
Semua keputusan atau perintah Jawatankuasa hendaklah mengikat semua tuan tanah, penyewa dan pemegang gadaian mana-mana tanah padi yang semasa dan kemudian yang berkenaan dengannya keputusan atau perintah itu dibuat.
Bagi maksud menjalankan fungsi di bawah Akta ini,
Jawatankuasa atau Pengerusi hendaklah mempunyai semua kuasa
Majistret Kelas Pertama, dan boleh menguruskan apa-apa kes penghinaan atau salah laku yang dilakukan dalam pandangan atau di hadapan Jawatankuasa itu atau Pengerusi mengikut kuasa yang diberikan kepada Majistret sedemikian.
Apa-apa keputusan atau perintah Jawatankuasa hendaklah dikira seolah-olah keputusan atau perintah itu adalah suatu keputusan atau perintah Majistret sedemikian.
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
Bagi maksud sesuatu siasatan di bawah Akta ini,
Jawatankuasa boleh mendapatkan dan menerima semua keterangan sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada keterangan itu boleh diterima atau tidak di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan keterangan atau tatacara sebagaimana yang difikirkannya perlu atau wajar.
Tiap-tiap siasatan hendaklah diadakan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Jawatankuasa.
Tiap-tiap siasatan hendaklah terbuka kepada orang awam melainkan jika diarahkan selainnya oleh Jawatankuasa atas sebab yang hendaklah direkodkan.
Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk membatalkan atau menunda pengadaan apa-apa siasatan yang dicadangkan atau menangguhkan apa-apa prosiding atau menukar tempat mana-mana siasatan.
Tiap-tiap permohonan oleh seorang penyewa di bawah
Akta ini, dan tiap-tiap permohonan oleh seseorang tuan tanah bagi suatu perintah untuk mendapatkan kembali tanah yang terkandung dalam sesuatu perjanjian penyewaan, hendaklah secara bertulis dan hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi.
Apa-apa pertikaian antara tuan tanah dengan penyewa yang berbangkit daripada perjanjian penyewaan antara tuan tanah dengan penyewa itu boleh dirujukkan kepada Jawatankuasa sama ada oleh tuan tanah atau penyewa atau oleh kedua-duanya dan hendaklah secara bertulis dan dialamatkan kepada Pengerusi.
Tiap-tiap permohonan atau rujukan di bawah subseksyen (2)
hendaklah disertakan dengan suatu salinan perjanjian penyewaan yang berkenaan dengannya permohonan atau rujukan itu berbangkit, dan hendaklah mengandungi suatu ringkasan pendek mengenai alasan permohonan atau rujukan perkara yang dipertikaikan itu.
Undang-Undang Malaysia 18
Apabila suatu permohonan atau rujukan diterima, Pengerusi hendaklah dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari memberitahu kedua-dua pihak secara bertulis mengenai masa dan tempat permohonan atau rujukan itu akan didengar.
Sesuatu notis yang diserahkan dengan tangan kepada sesuatu pihak dalam permohonan atau rujukan oleh seseorang yang bertindak di bawah kuasa Jawatankuasa atau yang dihantar melalui pos berdaftar ke alamat pihak yang dinyatakan dalam memorandum perjanjian penyewaan itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada pihak itu.
Jika pemohon tidak hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan oleh Pengerusi,
Jawatankuasa boleh, jika Jawatankuasa berpuas hati bahawa notis itu telah diserahkan atau dihantar melalui pos berdaftar ke alamat pemohon, menolak permohonan itu.
Jika responden tidak hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan oleh Pengerusi,
Jawatankuasa boleh, jika Jawatankuasa berpuas hati bahawa notis itu telah diserahkan atau dihantar melalui pos berdaftar ke alamatnya, membenarkan permohonan itu, atau membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut dalam ketiadaan responden.
Jika pemohon atau responden, kerana apa-apa sebab yang didapati mencukupi oleh Jawatankuasa, tidak dapat hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis dan memaklumkan yang demikian kepada Jawatankuasa secara bertulis atau melalui wakilnya, Jawatankuasa boleh sama ada—
menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh yang lain;
atau
membenarkan mana-mana pihak untuk diwakili oleh orang lain yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh pihak yang tidak hadir.
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
s 22Isi keterangan dan sebab keputusan hendaklah direkodkan
Dalam menjalankan apa-apa siasatan, Jawatankuasa tidak perlu—
mengambil keterangan mana-mana saksi kata demi kata melainkan jika difikirkannya wajar untuk berbuat demikian, atau diminta sedemikian oleh saksi itu atau oleh mana-mana orang lain yang hadir semasa siasatan itu; dan jika keterangan tidak diambil secara kata demi kata, Jawatankuasa hendaklah merekodkan isi keterangan itu; atau
menulis apa-apa keputusan yang diberikan atau perintah yang dibuat, kecuali dengan bentuk yang pendek dan tepat, yang menunjukkan sebab bagi keputusan atau perintah itu.
s 23Pemeriksaan rekod keterangan, dsb
Rekod bagi semua keterangan, sama ada lisan atau dokumentar, yang diambil oleh Jawatankuasa dalam apa-apa siasatan berserta dengan keputusan atau perintahnya mengenai siasatan itu—
hendaklah dimasukkan ke dalam fail yang berasingan;
dan
hendaklah pada setiap masa yang munasabah, atas permohonan bertulis bagi maksud itu, terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana pihak dalam siasatan itu atau oleh ejennya yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis, atau wakilnya di sisi undang-undang, dan sesiapa antara mereka boleh, apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan, mendapatkan suatu salinan rekod semua keterangan atau cabutan daripada rekod itu.
Tiada perintah bagi mendapatkan kembali milikan mana-mana tanah yang terkandung dalam sesuatu perjanjian penyewaan boleh dibuat kecuali dalam hal yang berikut:
apabila perjanjian penyewaan itu habis tempoh;
sekiranya penyewa mati atau tidak berupaya atau selainnya;
Undang-Undang Malaysia 20
jika tuan tanah memuaskan hati Jawatankuasa bahawa penyewa telah melakukan amalan pertanian yang tidak baik hingga menyebabkan kerosakan pada tanah atau menjatuhkan nilainya;
jika tuan tanah memuaskan hati Jawatankuasa bahawa penyewa dengan sengaja enggan menandatangani, menyempurnakan atau membaharui perjanjian penyewaan di bawah seksyen 7;
jika tuan tanah memuaskan hati Jawatankuasa bahawa penyewa telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat tersirat; dan
jika tuan tanah berhasrat hendak mengusahakan tanah itu sendiri.
Dalam hal perenggan (1)(b), mana-mana orang atau anggota keluarga penyewa yang sebenarnya mengusahakan tanah itu boleh memohon kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan suatu perintah bagi memindahkan hak perjanjian penyewaan itu kepadanya; dan apabila Jawatankuasa telah membuat perintah sedemikian, daftar hendaklah dipinda dengan menggantikan nama penyewa dengan nama orang itu atau anggota keluarga penyewa itu.
Tiada perintah bagi mendapatkan kembali milikan mana-mana tanah yang terkandung dalam perjanjian penyewaan boleh dibuat di bawah perenggan (1)(f) melainkan jika—
tuan tanah telah memberikan notis setahun secara bertulis kepada penyewa bahawa dia menghendaki tanah itu untuk diusahakan sendiri;
dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis di bawah perenggan (a), tuan tanah membuat permohonan kepada Jawatankuasa untuk pengusiran penyewa itu; dan
Jawatankuasa berpuas hati setelah mengambil kira semua hal keadaan bahawa amaun tanah yang dihasratkan diambil kembali oleh tuan tanah adalah munasabah.
Jika ditunjukkan kepada Jawatankuasa bahawa tuan tanah yang telah mendapat perintah pemilikan di bawah perenggan (1)(f)
tidak mengusahakan tanah padi secara keseluruhannya atau sebahagian besarnya dengan sumbernya sendiri pada bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun dari tarikh perintah pemilikan itu, Jawatankuasa boleh membuat perintah untuk mengembalikan pemilikan tanah itu kepada penyewa.
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
Sekiranya tuan tanah diberi perintah pemilikan di bawah perenggan (1)(b) atau (f), Jawatankuasa boleh mengawardkan pampasan kepada penyewa bagi apa-apa pembaikan yang berjenis kekal yang telah dibuat oleh penyewa semasa tempoh penyewaan dan yang telah dipersetujui oleh tuan tanah.
s 25Penggantungan pelaksanaan
Apabila sesuatu rayuan difailkan terhadap keputusan atau perintah Jawatankuasa, atas permohonan mana-mana pihak kepada prosiding itu, Jawatankuasa boleh menggantung pelaksanaan keputusan atau perintah itu sementara menanti keputusan Tribunal.