Skip to content
In forceUpdated to 2 Oct 2017Read it in English

24. Sekatan ke atas hak pemilikan

Feedback & support
(1)

Tiada perintah bagi mendapatkan kembali milikan mana-mana tanah yang terkandung dalam sesuatu perjanjian penyewaan boleh dibuat kecuali dalam hal yang berikut:

(a)

apabila perjanjian penyewaan itu habis tempoh;

(b)

sekiranya penyewa mati atau tidak berupaya atau selainnya;

Undang-Undang Malaysia 20

(c)

jika tuan tanah memuaskan hati Jawatankuasa bahawa penyewa telah melakukan amalan pertanian yang tidak baik hingga menyebabkan kerosakan pada tanah atau menjatuhkan nilainya;

(d)

jika tuan tanah memuaskan hati Jawatankuasa bahawa penyewa dengan sengaja enggan menandatangani, menyempurnakan atau membaharui perjanjian penyewaan di bawah seksyen 7;

(e)

jika tuan tanah memuaskan hati Jawatankuasa bahawa penyewa telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat tersirat; dan

(f)

jika tuan tanah berhasrat hendak mengusahakan tanah itu sendiri.

(2)

Dalam hal perenggan (1)(b), mana-mana orang atau anggota keluarga penyewa yang sebenarnya mengusahakan tanah itu boleh memohon kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan suatu perintah bagi memindahkan hak perjanjian penyewaan itu kepadanya; dan apabila Jawatankuasa telah membuat perintah sedemikian, daftar hendaklah dipinda dengan menggantikan nama penyewa dengan nama orang itu atau anggota keluarga penyewa itu.

(3)

Tiada perintah bagi mendapatkan kembali milikan mana-mana tanah yang terkandung dalam perjanjian penyewaan boleh dibuat di bawah perenggan (1)(f) melainkan jika—

(a)

tuan tanah telah memberikan notis setahun secara bertulis kepada penyewa bahawa dia menghendaki tanah itu untuk diusahakan sendiri;

(b)

dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis di bawah perenggan (a), tuan tanah membuat permohonan kepada Jawatankuasa untuk pengusiran penyewa itu; dan

(c)

Jawatankuasa berpuas hati setelah mengambil kira semua hal keadaan bahawa amaun tanah yang dihasratkan diambil kembali oleh tuan tanah adalah munasabah.

(4)

Jika ditunjukkan kepada Jawatankuasa bahawa tuan tanah yang telah mendapat perintah pemilikan di bawah perenggan (1)(f)

tidak mengusahakan tanah padi secara keseluruhannya atau sebahagian besarnya dengan sumbernya sendiri pada bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun dari tarikh perintah pemilikan itu, Jawatankuasa boleh membuat perintah untuk mengembalikan pemilikan tanah itu kepada penyewa.

Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)

(5)

Sekiranya tuan tanah diberi perintah pemilikan di bawah perenggan (1)(b) atau (f), Jawatankuasa boleh mengawardkan pampasan kepada penyewa bagi apa-apa pembaikan yang berjenis kekal yang telah dibuat oleh penyewa semasa tempoh penyewaan dan yang telah dipersetujui oleh tuan tanah.

Report