Skip to content
In forceUpdated to 2 Oct 2017Read it in English

33. Kesalahan oleh tuan tanah

Feedback & support
(1)

Mana-mana tuan tanah yang—

(a)

mengenakan atau menerima sewa berkenaan dengan mana-mana tanah padi di bawah perjanjian penyewaan yang melebihi kadar yang ditetapkan dalam Jadual

Kedua atau sewa maksimum yang dikenakan oleh Pihak

Berkuasa Negeri di bawah subseksyen 11(3);

(b)

mengenakan atau menerima bayaran wang tunai untuk apa-apa sewa yang digantikan mengikut subseksyen 11(2)

yang melebihi harga padi semasa pada masa tuaian;

(c)

menerima atau menuntut apa-apa sewa daripada penyewa atau memohon untuk mendapatkan perintah serah milik tanah padi, yang perjanjian penyewaan berkenaan dengannya tidak didaftarkan mengikut Akta ini;

Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)

(d)

tidak mendaftarkan sesuatu perjanjian penyewaan dalam tempoh yang dinyatakan dalam seksyen 4 atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan oleh Pendaftar di bawah seksyen itu;

(e)

tanpa suatu perintah bertulis Jawatankuasa, mengusir penyewa dari mana-mana tanah padi yang terkandung dalam perjanjian penyewaan; atau

(f)

menerima daripada seseorang penyewa apa-apa tambahan kepada sewa yang kena dibayar dengan sah di bawah

Akta ini yang disebabkan oleh apa-apa cukai tanah, cukai, kadar, caj atau bayaran lain yang kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan mana-mana tanah padi di bawah perjanjian penyewaan atau yang disebabkan oleh apa-apa perbelanjaan yang telah ditanggung dalam memungut sewa itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Jika seseorang tuan tanah disabitkan dengan kesalahan di bawah perenggan (1)(a), (b) atau (f), Mahkamah hendaklah memerintahkan tuan tanah itu untuk membayar balik kepada penyewa amaun tambahan yang diterima oleh tuan tanah itu.

Report