21. Ketidakhadiran pihak
Feedback & supportJika pemohon tidak hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan oleh Pengerusi,
Jawatankuasa boleh, jika Jawatankuasa berpuas hati bahawa notis itu telah diserahkan atau dihantar melalui pos berdaftar ke alamat pemohon, menolak permohonan itu.
Jika responden tidak hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan oleh Pengerusi,
Jawatankuasa boleh, jika Jawatankuasa berpuas hati bahawa notis itu telah diserahkan atau dihantar melalui pos berdaftar ke alamatnya, membenarkan permohonan itu, atau membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut dalam ketiadaan responden.
Jika pemohon atau responden, kerana apa-apa sebab yang didapati mencukupi oleh Jawatankuasa, tidak dapat hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis dan memaklumkan yang demikian kepada Jawatankuasa secara bertulis atau melalui wakilnya, Jawatankuasa boleh sama ada—
menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh yang lain;
atau
membenarkan mana-mana pihak untuk diwakili oleh orang lain yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh pihak yang tidak hadir.
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)