Skip to content
In forceUpdated to 2 Oct 2017Read it in English

29. Fungsi Tribunal

Feedback & support
(1)

Tribunal boleh mengesahkan, mengubah atau mengakaskan keputusan atau perintah Jawatankuasa yang dirayukan, dan boleh, jika difikirkannya patut, merujukkan kes itu semula

Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)

23

kepada Jawatankuasa untuk keterangan lanjut diambil dan boleh menangguhkan keputusannya sehingga apa-apa keterangan itu telah diambil.

(2)

Tribunal boleh mengawardkan apa-apa kos yang difikirkannya patut kepada mana-mana satu pihak.

(3)

Kos yang boleh diawardkan oleh Tribunal di bawah subseksyen (2) tidak boleh melebihi—

(a)

satu persepuluh daripada jumlah sewa yang dikenakan di bawah perjanjian penyewaan yang ditukar kepada nilai wang yang setara mengikut harga semasa padi pada tuaian terakhir dalam mukim di mana tanah yang terkandung dalam perjanjian penyewaan itu terletak; atau

(b)

jika sewa dinyatakan sebagai suatu kadar daripada hasil padi, satu persepuluh daripada nilai tunai hasil padi pada tuaian terakhir daripada tanah yang terkandung dalam perjanjian penyewaan itu, dengan hasil padi itu sudah ditukar kepada nilai wang yang setara seperti yang disebut terdahulu.

(4)

Bagi maksud menjalankan fungsi di bawah Akta ini, Tribunal atau Yang Dipertua Tribunal hendaklah mempunyai semua kuasa

Hakim Mahkamah Sesyen, dan boleh menguruskan apa-apa kes penghinaan atau salah laku yang dilakukan dalam pandangan atau di hadapan Tribunal atau Yang Dipertua Tribunal mengikut kuasa yang diberikan kepada Hakim Mahkamah Sesyen sedemikian.

(5)

Apa-apa keputusan atau perintah Tribunal hendaklah dikira seolah-olah keputusan atau perintah itu adalah suatu keputusan atau perintah Hakim Mahkamah Sesyen sedemikian.

Report