Skip to content
In forceUpdated to 2 Oct 2017Read it in English

39. Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan

Feedback & support

Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan bagi melaksanakan Akta ini, yang selaras dengannya, dan secara khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

mengawal selia tatacara Tribunal atau Jawatankuasa;

(b)

mengawal selia tatacara bagi pengendorsan atau pencatatan pada mana-mana dokumen hakmilik keluaran atau mana-mana daftar tanah atau mana-mana rekod Pejabat

Pendaftaran Tanah mengenai apa-apa pendaftaran atau transaksi yang dibuat atau apa-apa jua yang dilakukan di bawah Akta ini;

(c)

mengawal selia fungsi pegawai yang dilantik di bawah

Akta ini;

(d)

menetapkan bentuk daftar dan apa-apa bentuk lain yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini;

(e)

menetapkan saraan yang hendaklah dibayar kepada anggota

Tribunal atau Jawatankuasa;

Undang-Undang Malaysia 28

(f)

menetapkan syarat yang atasnya, dan pihak berkuasa yang olehnya, apa-apa fi yang kena dibayar di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh diubah atau diremitkan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya;

(g)

menetapkan fi yang hendaklah dibayar bagi apa-apa perkara atau benda yang dikehendaki atau dibenarkan untuk dilakukan di bawah Akta ini.

Report