23. Pemeriksaan rekod keterangan, dsb
Feedback & supportRekod bagi semua keterangan, sama ada lisan atau dokumentar, yang diambil oleh Jawatankuasa dalam apa-apa siasatan berserta dengan keputusan atau perintahnya mengenai siasatan itu—
(a)
hendaklah dimasukkan ke dalam fail yang berasingan;
dan
(b)
hendaklah pada setiap masa yang munasabah, atas permohonan bertulis bagi maksud itu, terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana pihak dalam siasatan itu atau oleh ejennya yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis, atau wakilnya di sisi undang-undang, dan sesiapa antara mereka boleh, apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan, mendapatkan suatu salinan rekod semua keterangan atau cabutan daripada rekod itu.