19. Permohonan kepada Jawatankuasa
Feedback & supportTiap-tiap permohonan oleh seorang penyewa di bawah
Akta ini, dan tiap-tiap permohonan oleh seseorang tuan tanah bagi suatu perintah untuk mendapatkan kembali tanah yang terkandung dalam sesuatu perjanjian penyewaan, hendaklah secara bertulis dan hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi.
Apa-apa pertikaian antara tuan tanah dengan penyewa yang berbangkit daripada perjanjian penyewaan antara tuan tanah dengan penyewa itu boleh dirujukkan kepada Jawatankuasa sama ada oleh tuan tanah atau penyewa atau oleh kedua-duanya dan hendaklah secara bertulis dan dialamatkan kepada Pengerusi.
Tiap-tiap permohonan atau rujukan di bawah subseksyen (2)
hendaklah disertakan dengan suatu salinan perjanjian penyewaan yang berkenaan dengannya permohonan atau rujukan itu berbangkit, dan hendaklah mengandungi suatu ringkasan pendek mengenai alasan permohonan atau rujukan perkara yang dipertikaikan itu.
Undang-Undang Malaysia 18