Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan
22. Penubuhan dan fungsi Jawatankuasa Selia
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Maka adalah ditubuhkan suatu jawatankuasa bernama
“Jawatankuasa Selia” yang fungsinya adalah —
untuk meluluskan pelantikan Pentadbir Khas di bawah
Akta ini;
untuk meluluskan pelantikan Penasihat Bebas mengikut cara yang disebut dalam seksyen 26;
untuk meluluskan syor yang dibuat oleh Perbadanan bagi melanjutkan atau menamatkan apa-apa moratorium yang berkuat kuasa menurut seksyen 41; dan
untuk meluluskan syor Perbadanan bagi menamatkan pelantikan seseorang Pentadbir Khas yang dilantik di bawah Akta ini atau bagi menamatkan pentadbiran orang terjejas.
36 Undang-Undang Malaysia
Jawatankuasa Selia hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang dilantik oleh Menteri:
seorang wakil Kementerian Kewangan;
seorang wakil Bank Negara; dan
seorang wakil Suruhanjaya Sekuriti.
Orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) boleh dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup oleh
Perbadanan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Tiada tindakan atau prosiding Jawatankuasa Selia boleh menjadi tidak sah semata-mata kerana —
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Jawatankuasa Selia;
ada apa-apa pelanggaran seksyen 65 Akta ini oleh mana-mana anggota Jawatankuasa Selia; atau
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan dalam prosiding Jawatankuasa Selia.
Suatu perakuan yang ditandatangani oleh seseorang setiausaha Jawatankuasa Selia yang mengesahkan apa-apa keputusan
Jawatankuasa Selia hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai keputusan itu.
Keputusan Jawatankuasa Selia adalah maklumat dan mengikat dan tidak boleh dikaji semula, dibatalkan, dirayukan, atau diketepikan oleh mana-mana mahkamah.
Bahagian VII
Hak Tambahan
Bahagian VIII
Pemakaian Akta Lain
Bahagian IX