Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Tribunal boleh membuat kaedah-kaedah mengawal fi yang kena dibayar dan tatacara yang hendak diikuti atas rayuan.
Mana-mana fi sedemikian hendaklah kena dibayar kepada Lembaga.
(3)
Mana-mana orang yang terkilan oleh sesuatu keputusan
Lembaga yang diberi di bawah seksyen 12 atau seksyen 19 atau subseksyen 23(3) boleh merayu kepada Tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(4)
Notis secara bertulis tentang rayuan itu bersama dengan alasannya hendaklah diberi kepada Tribunal dalam masa empat belas hari dari masa penerimaan oleh orang yang terkilan itu akan keputusan Lembaga. Tiap-tiap notis yang diberi kepada Tribunal di bawah subseksyen ini hendaklah dihantar ke sesuatu alamat di
Malaysia sebagaimana yang ditetapkan oleh Tribunal Rayuan.
(5)
Pelaksanaan mana-mana keputusan Lembaga yang diberi di bawah subseksyen 23 (3) hendaklah digantung sementara menunggu habisnya tempoh yang di dalamnya notis rayuan boleh diberi atau, jika suatu notis rayuan adalah diberi, keputusan mengenai rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Perindustrian Nanas 25
(6)
Pihak merayu boleh, jika dia berhasrat demikian, hadir pada pendengaran rayuannya dan boleh didengar, sama ada dengan sendiri atau melalui seseorang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu.
(7)
Selepas pendengaran sesuatu rayuan daripada sesuatu keputusan di bawah subseksyen 23(3), Tribunal boleh membenarkan rayuan itu atau rnengesahkan atau mengubah keputusan Lembaga dalam had yang dinyatakan dalam subseksyen itu, dan selepas pendengaran sesuatu rayuan daripada sesuatu keputusan Lembaga,
Tribunal boleh mengesahkan keputusan Lembaga atau membuat sesuatu perintah tentang pendaftaran atau penetapan sesuatu persatuan sebagaimana yang dikehendaki dalam hal itu. Apa-apa keputusan Tribunal adalah muktamad dan konklusif dan boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seperti sesuatu keputusan
Lembaga. Tiap-tiap pendengaran sedemikian hendaklah diadakan di
Malaysia.
(8)
Tribunal boleh mengawal selia tatacaranya sendiri pada pendengaran mana-mana rayuan sedemikian dan tidak terikat oleh mana-mana undang-undang atau kaedah amalan berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan.
(9)
Tribunal boleh menurut budi bicaranya dari semasa ke semasa melanjutkan tempoh yang ditetapkan bagi pemberian sesuatu notis rayuan.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan