Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PERINDUSTRIAN NANAS 1957

Seksyen 2

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“inspektor” ertinya seseorang inspektor yang dilantik di bawah seksyen 20 dan termasuk Ketua Inspektor;

“ketua pegawai eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif

Lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 10 (1) dan termasuk mana-mana orang yang dilantik untuk bertindak sebagai ketua pegawai eksekutif di bawah seksyen 10;

“kilang mengetin” ertinya mana-mana struktur atau bangunan yang digunakan sepenuhnya atau sebahagiannya untuk menyediakan nanas atau untuk melabelkan nanas bertin;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 427

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perindustrian Nanas yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;

“Lembaga” ertinya Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“menyediakan nanas” ertinya menyebabkan nanas menjadi nanas bertin;

“nanas” ertinya apa-apa buah daripada tumbuhan ananas;

“nanas bertin” ertinya nanas keseluruhannya, dipotong, diperah, atau dalam bentuk palpa atau jus (sama ada atau tidak dicampur dengan buah lain), yang telah dipanaskan dahulu, dimasak, dijeruk, dikeringkan, disejuk beku segera atau selainnya diproses sama ada sebelum atau selepas diletakkan dalam suatu tin;

“pekebun” ertinya mana-mana orang yang mempunyai atau menggunakan tanah bagi menanam nanas yang bertujuan terutamanya bagi jualan kepada kilang.mengetin yang bukan pada masa yang sama pemunya mana-mana kilang mengetin di

*Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia dan termasuk ejennya yang diberi kuasa sewajarnya;

“pembekal tin” ertinya seseorang pengilang atau pengimport tin yang digunakan atau bertujuan digunakan bagi pengetinan nanas;

“pengangkut” ertinya mana-mana orang yang mengangkut nanas pekebun atau penjual, dan termasuk ejennya yang diberi kuasa sewajarnya, tetapi tidak termasuk seseorang pekebun yang mengangkut nanasnya sendiri;

“pengeksport” ertinya mana-mana orang yang mengeksport nanas bertin dari Malaysia;

“pengetin” ertinya seseorang yang menyediakan nanas atau melabelkan nanas bertin;

*CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai “Semenanjung

Malaysia”− lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996] , subseksyen 5(2).

Perindustrian Nanas 7

“pengetin berdaftar”, “kilang mengetin berdaftar”, “pembekal tin berdaftar”,

“pertubuhan pemasaran berdaftar”,

“pengeksport berdaftar”, “pekebun berdaftar”, “pengangkut berdaftar”, “penjual berdaftar” ertinya mana-mana pengetin, kilang mengetin, pembekal tin, pertubuhan pemasaran, pengeksport, pekebun, pengangkut atau penjual nanas, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang didaftarkan di bawah Akta ini;

“penjual” ertinya mana-mana orang yang menjual nanas kepada kilang mengetin, tetapi tidak termasuk seseorang pekebun yang menjual nanasnya sendiri;

“persatuan perwakilan” ertinya sesuatu persatuan perwakilan yang ditetapkan di bawah seksyen 19;

“pertubuhan pemasaran” ertinya mana-mana pertubuhan koperasi pemasaran nanas yang didaftarkan sebagai demikian di bawah *Akta

Pertubuhan Koperasi 1948 [Akta 287];

“tin” termasuk apa-apa botol atau kontena yang dimeteraikan secara hermetik yang dibuat daripada kaca, logam, plastik, kertas atau apa-apa bahan lain;

“Tribunal” ertinya Tribunal Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 24.