Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian IV · Peruntukan Pelesenan
13. Pemberian atau penolakan lesen
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah dalam tempoh enam puluh hari dari—
penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen 11(1);
atau
penerimaan maklumat atau dokumen lanjut yang diminta oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 11(2), mengemukakan suatu syor bertulis kepada Menteri.
Menteri boleh, selepas menimbangkan syor Suruhanjaya, memberikan atau menolak untuk memberikan lesen.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 741
Jika Menteri memberikan lesen di bawah subseksyen (2), dia boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Keputusan Menteri untuk memberi atau menolak untuk memberikan lesen hendaklah disampaikan kepada pemohon oleh
Suruhanjaya melalui notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan.