Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian IV · Peruntukan Pelesenan
16. Serah hak atau pindah hak milik lesen
Feedback & support(1)
Lesen tidak boleh diserahhakkan atau dipindah hak milik kepada mana-mana orang lain kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu daripada Menteri.
(2)
Pemegang lesen yang menyerahhak atau memindah hak milik lesennya kepada mana-mana orang lain tanpa kelulusan bertulis terdahulu Menteri melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.