Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian IV · Peruntukan Pelesenan
15. Kuasa untuk menambah, mengubah atau membatalkan syarat-syarat lesen
Feedback & supportMenteri boleh, dengan syor Suruhanjaya, pada bila-bila masa mengenakan apa-apa syarat lesen tambahan atau mengubah atau membatalkan mana-mana syarat sedia ada lesen.
Sebelum Menteri membuat keputusan di bawah subseksyen (1),
Suruhanjaya hendaklah memberi pemegang lesen itu—
suatu notis bertulis mengenai niat Menteri berserta dengan suatu salinan draf mengenai pengenaan, pengubahan atau pembatalan itu; dan
Perkhidmatan Pos 25
suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak kurang daripada tiga puluh hari.
Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Menteri hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Suruhanjaya, memutuskan sama ada untuk mengenakan syarat tambahan atau untuk mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia ada atau untuk tidak mengambil tindakan lanjut.
Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen itu suatu notis bertulis mengenai keputusan Menteri di bawah subseksyen (3)
dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.